Untuk paparan terbaik, tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 atau yang lebih tinggi.

Saranan Bank tentang emas

Artikel dari harian metro (5mei 2009) di ruangan biznes

"CIMB Saran Pelanggan Labur Dalam Emas"
CIMB Private Banking menyaran pelanggan yang mempunyai aset pelaburan tinggi, melabur dalam emas memandangkan ia dijangka boleh memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dalam keadaan ekonomi lembap dan pasaran tidak menentu sekarang.

Ketua Bersamanya, Alan Inn, berkata emas adalah portfolio yang berkesan kerana mempunyai kolerasi yang kurang dibanding dengan kebanyakan aset lain.

Menurutnya, pelaburan dalam emas langkah terbaik mempelbagai portfolio pelaburan yang mana kebanyakan portfolio pelaburan memberikan tumpuan kepada aset kewangan tradisi seperti saham dan bon.

“Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, portfolio pelaburan yang pelbagai diperlukan bagi melindungi portfolio itu daripada keadaan turun naik nilai satu-satu kelas aset,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment