Untuk paparan terbaik, tukarkan resolusi paparan pada komputer anda kepada 1152 x 864 atau yang lebih tinggi.

Perbezaan Pajak Gadai Konvensional dengan Ar-Rahnu

Pajak gadai konvensional kena interest, caj simpanan dan bila tak tebus balik lepas tamat tempoh - gadai barang & ambik semua duit.

Ar-Rahnu takde interest, tapi ada caj simpanan. Bila tamat tempoh boleh lanjut 2 bulan (1st time), malah boleh lanjut lagi 2 bulan (2nd time). Semuanya 10 bulan. Kalau tak tebus, Ar-Rahnu akan lelong emas.

Jika harga emas lebih tinggi semasa lelong berbanding masa gadai, Ar-Rahnu akan ambik balik jumlah gadaian (iaitu 65% harga masa gadai)+ servis caj. Baki kena pulang balik kepada penggadai.

Contoh masa gadai harga emas 100gm = RM10,000. Jumlah gadai (65%)= RM6,500. Lepas 6 bulan, katakan harga naik RM2/- 1 gm. Jadi 100 gm = RM12,000.

Harga lelong (biasanya) ikut harga harian sebab emas diniagakan mengikut harga harian (macam saham). Bezanya minima.

Katakan dilelong dgn harga RM12,000. Maka tolak RM6,500 (65%)+ caj simpanan (anggaran RM500)+ servis caj (anggaran RM500)= total RM7,500.
RM12,000 - RM7,500 = RM4,500.

Sebaliknya katakan harga emas turun RM2/- 1 gm selepas 6 bulan. Jadi 100gm = RM8,000.
Kira semula masih ada baki RM500.
Kecuali harga emas jatuh teruk barulah defisit.
Ini lah beza operasi pajak gadai Islam.

~copy from BadaHola~ thanks

No comments:

Post a Comment